Thursday, March 25, 2010

Rumusan

4.0 Rumusan


Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak-kanak bermula sejak mereka di lahirkan seiring dengan perkembangan motor halus dan juga motor kasar. Kemahiran manipulatif merupakan perkembangan daripada kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya juga penting untuk pergerakan kanak-kanak.

Pergerakan manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan untuk pergerakan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari.


Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam gerakan motor kanak-kanak. Oleh itu dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar, aktiviti kemahiran manipulatif juga perlu diberi tumpuan.


Di antara contoh aktiviti yang melibatkan koordinasi anggota badan kanak-kanak adalah seperti mereka menguasai kemahiran manipulatif kemahiran motor kasar-koordinasi otot leher – kepala apabila mereka menggerakkan kepala ke pelbagai arah dan juga menanduk objek seperti bola. Selain daripada itu juga kanak-kanak dapat menguasai kemahiran manipulatif menguasai kemahiran koordinasi mata – tangan apabila terlibat dalam aktiviti seperti membaling objek ke arah sasaran dan juga menyambung objek dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.


Kemahiran dan juga pergerakan manipulatif amat penting bagi kanak-kanak untuk mengendali,berinteraksi dengan persekitaran dan meneroka sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian mereka secara langsung mahupun tidak langsung.


1 comment:

  1. assalammualaikum dan salam sejahtera

    taniah diucapkan kerana berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Cuma perlu ditambah beberapa perkara seperti gambar atau video yang berkaiatan supaya lebih jelas. Powerpoint pembentangan juga boleh dimasukkan dalam blog ini. sekian terima kasih


    missnjpakkupsi

    ReplyDelete