Terdapat beberapa jenis pergerakan yang dapat di kategorikan di dalam Pergerakan Asas Manusia. Menurut Pakar Pendidikan Jasmani ( Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C. LeBlanc, B.& Lowy.,1994; Burton, 1977) menyatakan pergerakan manipulatif adalah salah satu daripada jenis pergerakan asas. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-3, kemahiran manipulatif secara ringkasnya adalah kecekapan mengendalikan pergerakan-pergerakan. Selain daripada itu menurut (Gallahue & Donnelly: 2003) pergerakan manipulatif juga ialah pergerakan tubuh kasar di mana kekuatan atau kuasa di lepaskan atau di terima daripada objek. Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu pergerakan yang memerlukan kemahiran asas dalam menyediakan kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar,gelung rotan,tali,dan juga relung getah (squaid). Kemahiran manipulatif hendaklah di bina pada peringkat umur yang lebih awal. Ini adalah kerana kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atupun mengawasi sesuatu objek. Pada ummumnya, perkembangan kemahiran manipulatif seseorang kanak-kanak bermula sejak lahir seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif merupakan perkembangan daripada kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah penting untuk pergerakan kanak-kanak. Namun begitu, pergerakan manipulatif adalah penting kepada setiap kanak-kanak. Ini adalah kerana melalui pergerakan manipulatif juga kanak-kanak dapat memanipulasi kemahiran, koordinasi,keseimbangan dan juga kestabilan mereka bagi melakukan sesuatu gerakan. Selain itu, pergerakan kanak-kanak bukan hanya bergantung kepeda kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahiran dalam memanipulasikan otot serta anggota dalam melakukan sesuatu pergerakan. Tambahan itu juga kanak-kanak juga dapat meningkatkan daya tumpuan,mengembangkan kemahiran motor,mengkoordinasi mata-tangan,menambah persepsi visual serta mengukuhkan konsep saiz,,bentuk,warna dan juga corak. Sebagai contoh, kebolehan untuk mengawal otot kecil badan biasanya akan di kaitkan dengan kebolehan koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan pergerakan manipulatif yang tepat dan sempurna. Pada umumnya, terdapat pelbagai medium dan juga alat yang boleh di gunakan untuk menggalakkan kanak-kanak membuat pergerakan manipulatif. Di antaranya ialah alat mainan. Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak. Kemahiran manipulatif juga melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan dalam sesuatu aktiviti. Mata pula akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka iaitu kanak-kanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak membolehkan kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti yang bermakna dengan menggunakan sesuatu objek. Sebagai contoh, kanak-kanak di minta untuk menangkap dan melontar bola yang terdiri daripada pelbagai saiz dan juga bentuk seperti bola sepak,bola takraw,bola baling, bola tampar,bola ragbi ataupun bola tenis. Dengan itu secara langsungnya kanak-kanak akan dapat memperkembangkan kemahiran manipulatif sesuatu objek dengan meningkatkan tahap kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek,menarik benang, menyelak helaian buku atau kertas,melakar gambar dengan menggunakan krayon dan sebagainya.Pada peringkat ini juga ibubapa dan juga guru dapat melihat samada tangan kanan atau tangan kiri yang menjadi dominan dalam pergerakan manipulatif seseorang kanak-kanak.
2.0 Jadual Tahap Umur dan Perkembangan Pergerakan Manipulatif
UMUR
PERKEMBANGAN
0-6bulan
§Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri
§Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap.
7-8 bulan
§Kanak-kanak peringkat ini sudah boleh memegang objek dengan tepat, mencapai objek dengan jari-jarinya dan memindahkan objek dari satu tangan ke satu tangan dengan mudah.
10-11 bulan
Kanak-kanak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya.
2 tahun
Pada tahap ini kemahiran manupulasi tangan anak semakin matang.
Kemahiran memulas dan memutar adalah sesuatu yang sukar dan ibu bapa harus membenarkan anak-anak berlatih sebanyak mungkin.
3 tahun
Kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus.
4 tahun
Kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan.
Terdapat beberapa pergerakan manipulatif yang sering di lakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti bagi kemahiran manipulatif ini melibatkan penggunaan motor halus dan motor kasar.Kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Pergerakan manipulatif adalah berkaitan dengan objek samada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya.Oleh itu anggota kaki dan tangan anggota yang paling kerap digunakan dalam pergerakan manipulatif. Di antara aktiviti yang dapat di lihat adalah seperti yang berikut:
3.1 Membaling
Pergerakan manipulatif mempunyai pelbagai pergerakan antaranya ialah membaling. Membaling terdapat tiga cara atau pola balingan iaitu bawah paras bahu (underhand), atas paras bahu ( overhand), sisi (sidearm). Membaling boleh dibaling dengan ketepatan, kelajuan, dan jarak yang memadai (Berk, 2005). Aktiviti – akitiviti fizikal yang dijalankan banyak menggunakan pergerakan membaling untuk memastikan perkembangan motor kasar dan halus yang berkesan.
Cadangan aktiviti adalah membaling dan menjatuhkan objek. Aktiviti ini sesuai pada umur sekitar lapan bulan dan ke atas. Bergantung cara permainan dilakukan. Bagi kanak – kanak yang bawah satu tahun cara permainan agak bebas hanya menyediakan bahan – bahan yang menarik minatnya seperti bola yang berwarna – warni, bongkah yang lembut, kotak kecil, puzzles dan botol kecil yang ada penutup. Kanak – kanak boleh bermain dengan hanya membalingkan kepada guru atau ibu bapa.
Oleh yang demikian, dengan aktiviti sebegini secara tidak langsung terdapat beberapa perkembangan psikomotor yang terbentuk di antaranya ialah dengan membaling mereka menggunakan jari untuk memegang objek dan menggunakan tangan untuk membaling dan menjatuhkan objek tersebut. Mereka menggunakan motor halus dan motor kasar mereka.Selain itu, Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari.
3.2 Menangkap
Menangkap adalah salah satu pergerakan manipulatif. Pergerakan membaling memerlukan keseimbangan, koordinasi dan pengawalan badan untuk menangkap sesuatu objek. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan kanak-kanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan badan memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway-Cook & Woollacott, 1985). Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk kanak – kanak menggunakan fizikal mereka bagi memperkembangkan motor kasar dan motor halus.
Aktiviti menangkap boleh dibuat dengan pelbagai aktiviti antaranya menangkap bola, menangkap haiwan, menangkap belon dan sebagainya. Cadangan aktiviti untuk menangkap lebih memfokuskan pada menangkap serangga seperti kumbang (lady bird) atau rama – rama. Aktiviti ini dilakukan di taman diluar rumah. Kanak – kanak akan dapat menerokai persekitaran taman dan dapat mengenali serangga. Aktiviti ini hanya memerlukan bahan seperti jaring kecil. Guru atau ibu bapa perlu menunjukan cara – cara menangkap serangga tersebut dan seterusnya mereka akan cuba sendiri.
Perkembangan motor halus dan motor kasar terbentuk dalam aktiviti sebegini kerana kanak – kanak akan meggunakan jari untuk memegang jaring tersebut dan menggunakan otot tangan untuk menangkap serangga tersebut. Selain itu koordinasi mata juga digunakan untuk memerhati serangga tersebut untuk menangkap serangga tersebut. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat memperkembang motor kasar dan halus tetapi dapat memberikan kanak – kanak pengetahuan yang baru dengan mengenali serangga dengan keadaan sekeliling kanak – kanak dan menerokai keadaan sekeliling mereka.
3.3 Melantun
Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak – kanak bermula sejak mereka lahir seiring dengan perkembangan motor kasar dan halus. Pelbagai pergerakan yang berkaitan dengan pergerakan manipulatif antaranya melantun. Kebiasaanya melantun menggunakan bola. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dengan pergerakan melantun. Menurut Thomas (1998) mengatakan manipulasi melibatkan tiga aspek antaranya ialah mengawal objek. Mengawal objek seperti menggelecek bola dan memantul bola.
Aktiviti yang boleh dilakukan untuk pergerakan melantun ialah melantun bola sambil berjalan. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam lingkungan umur empat tahun ke atas. Kebiasaannya sebelum memulakan aktiviti guru perlu menerangkan cara aktiviti dilakukan. Selain itu, guru pelu menyediakan bahan untuk aktiviti tersebut iaitu bola. Pada permulaan aktiviti, badan kanak – kanak hendaklah berada dalam keadaan lurus. Mata memandang kehadapan.Tangan memegang bola kemudian, angkat kaki kanan dan melangkah kehadapan dan kaki kiri berada dibelakang. Seterusnya angkat kaki kiri dan melangkah kehadapan dan kaki kanan berada dibelakang. Bola dilantunkan semasa berjalan.
Perkembangan motor yang terlibat pada aktiviti ini ialah motor kasar. Koordinasi tangan dan kaki digunakan untuk aktiviti ini. Kanak – kanak akan meggunakan tangan untuk memengang bola dan kaki untuk berjalan untuk melangkah semasa melantunkan bola tersebut.
3.4 Menggelecek Menurut pakar dalam pendidikan jasmani (Gallahue,D.L., 1996; Gabbard, C. LeBlanc, B. & Lowy.1994; Burton, 1977), membahagikan pergerakan asas kepada 3 iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif. Pergerakan manipulatif terdapat banyak pergerakan salah satu pergerakan manipulatif ialah menggelecek.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam pergerakan menggelecek antaranya aktiviti menggelecek bola sambil berlari. Kanak – kanak yang berumur 5 tahun ke atas boleh melakukan aktiviti dengan bimbingan daripada guru. Sebelum memulakan aktiviti guru hendaklah menerangkan cara permainan kepada kanak – kanak dan menyediakan bahan seperti bola dan kon. Selepas itu, guru hendaklah menyusun kon dengan jarak yang sama. Badan kanak – kanak perlu berada dalam keadaan tegak dan berdiri lurus dihadapan kon yang telah disusun. Kemudian, bola digelecek dengan menggunakan kedua – dua belah kaki dan melalui kon – kon yang disusun mengikut arah zig zag. Bola digelecek sambil berlari atau berjalan.
Perkembangan motor yang terlibat melalui aktiviti adalah motor kasar dan halus. Koordinasi mata untuk melihat bola tersebut dan koordinasi kaki untuk menggelecek bola tersebut. Selain itu aktiviti sebegini menguji tahap kecekapan kanak – kanak dalam menggelek bola tersebut. Pada permulaan kanak – kanak akan sukar melakukan aktiviti ini tetapi dengan banyak pengulangan kanak – kanak akan cepat mempelajarinya.
3.5 Menyepak
Pergerakan manipulatif sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam pergerakan motor kanak-kanak. Menyepak adalah salah satu pergerakan manipulatif. Oleh itu, kanak-kanak perlulah diberikan masa bagi melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti luar seperti bermain bola, memanjat atau aktiviti permainan tradisional. Secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui pelbagai jenis permainan.
Aktiviti yang boleh dilakukan dalam pergerakan menyepak ini adalah menyepak bola ke arah tin kosong. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas sesuai dengan aktiviti ini. Pada permulaan guru atau ibubapa perlu menyediakan bahan-bahan seperti bola, kon dan tin kosong. Seterusnya guru menerangkan cara-cara permainan ini dilakukan sebelum kanak-kanak melakukannya. Guru terlebih dahulu membuat garisan permulaan dan penamat. Kon akan disusun supaya membentuk satu lorong. Pada garisan penamat tin disusun seperti bentuk tiga segi. Permainan bermula dengan menegakkan badan dan berdiri lurus dan bola berada di bawah. Setelah kanak-kanak bersedia, bola ditendang untuk menjatuhkan tin yang telah disusun di garisan penamat.
Perkembangan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah koordinasi kaki dan mata. Koordinasi kaki digunakan untuk menyepak bola pada sasarannya. Seterusnya koordinasi mata pula digunakan untuk memfokuskan sasaran pada tin yang berada di garisan penamat. Aktiviti ini sesuai bagi meningkatkan perkembangan motor kasar dan motor halus dalam pergerakan kanak-kanak.
3.6 Menggolek
Menggolek merupakan salah satu aktiviti pergerakan manipulatif. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam pergerakan menggolek diantaranya bermain bola, bermain gelung dan sebagainya. Menurut Berk, 2005 mengatakan bermain bola melibatkan aktiviti menendang, menggolekkan, membaling dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti ini. Contohnya kanak-kanak boleh menggolekkan bola yang kecil dari jarak yang lebih jauh.
Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan seperti menggolekkan gelung rotan. Bahn-bahan yang diperlukan adalah gelung dan kon. Sebelum guru memulakan aktiviti, guru menerangkan cara-cara permainan dilakukan sebelum kanak-kanak melakukannya. Seterusnya guru membuat satu garisan permulaan dan garisan penamat. Setelah kon disusun supaya membentuk satu lorong, kanak-kanak diminta bersedia di garisan permulaan. Kanak-kanak perlu berdiri dalam keadaan tegak dan badan dicondongkan sedikit dan tangan memegang gelung di garisan permulaan. Gelung perlu digolek sambil berjalan mengikut lorong yang telah disediakan sehingga ke garisan penamat.
Penguasaan mata, tangan dan kaki amat penting bagi aktiviti ini. Ia penting kerana kanak-kanak memperkembangkan motor kasar dan motor halus mereka. Mereka menggunakan mata untuk menggolekkan gelung mengikut lorong dan tangan pulan untuk memegang gelung tersebut. Manakala kaki pula adalah untuk berjalan ke garisan penamat.
3.7 Melambung
Aktiviti melambung bola atau melambung objek-objek lain merupakan salah satu kemahiran dalam pergerakan manipulatif alatan ini. Aktiviti ini amat penting untuk perkembangan motor kanak-kanak sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Bagi mengembangkan lagi bakat atau kemahiran yang terdapat pada kanak-kanak ini, guru atau ibu bapa seharusnya memberikan permainan yang sesuai untuk mereka seperti bermain bola, bermain di taman permainan, melambung bola dan sebagainya.
Pada usia empat atau lima tahun ke atas, aktiviti melambung ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ketika ini kemahiran motor mereka sedang berkembang. Pada peringkat awal, guru atau ibu bapa bolehlah menyediakan objek-objek yang mudah bagi kanak-kanak untuk membuet aktiviti melambung ini. Sehubungan itu, ibu bapa atau guru hendaklah menunjukkan cara-cara melaksanakan aktiviti tersebut iaitu guru atau ibu bapa menunjukkan cara untuk melambung bola. Pertamanya, kanak-kanak hendaklah berdiri tegak, kemudian tangan mereka memegang bola dan seterusnya bola dilambung ke udara dari paras pinggang dan ke atas. Akhirnya, kanak-kanak hendaklah menyambut bola tersebut apabila bola hendak jatuh ke bawah.
Bagi aktiviti melambung bola ini, anggota badan atau perkembangan yang terlibat adalah tangan iaitu ketika kanak-kanak hendak melambung bola tersebut keatas. Kemudian, ketika hendak melambung bola tersebut, motor halus iaitu jari memainkan peranannya secara tidak langsung. Badan pula membongkok ketika hendak melambung bola dan kaki bergerak ketika hendak menangkap bola yang jatuh setelah melambung. Selain itu, koordinasi mata juga terlibat semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti melambung ini.
3.8 Skipping
Skipping merupakan salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis skipping yang boleh digunakan oleh kanak-kanak seperti skipping yang diperbuat daripada tali biasa atau dari getah. Selain itu, medium yang diambil kira adalah dari aspek keselamatan kanak-kanak tersebut iaitu memakai kasut ketika hendak melakukan aktiviti skipping ini.
Guru atau ibu bapa hendaklah melatih kanak-kanak melakukan aktiviti skipping ini. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah untuk melakukan aktiviti ini, iaitu pertamanya badan hendaklah berdiri tegak. Setelah itu, kedua-dua tangan mereka hendaklah memegang hujung tali skipping, kemudian lari beberapa langkah ke hadapan kemudian lompat tali skipping tersebut. Semasa berlari, tali skipping tersebut hendaklah dihayun kehadapan. Kaki hendaklah melompat apabila tali skipping mencecah kaki, dan terakhir adalah lutut di angkat tinggi semasa melompat skipping itu.
Koordinasi tangan, badan, jari, lutut , kaki dan lain-lain lagi amat penting dalam perkembangan motor. Oleh itu, apabila melakukan aktiviti skipping ini, semasa tangan kanak-kanak tersebut sedang memegang tali skipping itu, kemahiran motor kasar kanak-kanak sedang berlaku. Manakala, kaki yang mereka gunakan untuk melompat tali skipping tersebut juga merupakan salah satu perkembangan motor kasar. Lutut juga meningkatkan kemahiran motor kasar iaitu ketika kanak-kanak tersebut membengkokkan kaki untuk melompat.
Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak-kanak bermula sejak mereka di lahirkan seiring dengan perkembangan motor halus dan juga motor kasar. Kemahiran manipulatif merupakan perkembangan daripada kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya juga penting untuk pergerakan kanak-kanak.
Pergerakan manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan untuk pergerakan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari.
Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam gerakan motor kanak-kanak. Oleh itu dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar, aktiviti kemahiran manipulatif juga perlu diberi tumpuan.
Di antara contoh aktiviti yang melibatkan koordinasi anggota badan kanak-kanak adalah seperti mereka menguasai kemahiran manipulatif kemahiran motor kasar-koordinasi otot leher – kepala apabila mereka menggerakkan kepala ke pelbagai arah dan juga menanduk objek seperti bola.Selain daripada itu juga kanak-kanak dapatmenguasai kemahiran manipulatif menguasai kemahiran koordinasi mata – tangan apabila terlibat dalam aktiviti seperti membaling objek ke arah sasaran dan juga menyambung objek dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Kemahiran dan juga pergerakan manipulatif amat penting bagi kanak-kanak untuk mengendali,berinteraksi dengan persekitaran dan meneroka sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian mereka secara langsung mahupun tidak langsung.